Kelas Mencari Maklumat di Internet, Membuat Resume & KDB

13 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Oktober 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Mencari Membuat Resume, Mencari Maklumat di Internet & KDB. Kelas ini bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 4.00 hingga 6.00 petang. Kelas ini telah di sertai oleh 2 orang peserta yang bekerja dan tidak bekerja (Lepasan STPM).

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pengenalan Klik Dengan Bijak (KDB) dan mencari maklumat untuk membuat resume ringkas dan terbaru. Kelas ini amat berguna kepada peserta kerana kebanyakkan pelajar dari Lepasan STPM tidak mengetahui cara untuk membuat resume yang betul walaupun ringkas. Selain itu, untuk pengenalan klik dengan bijak (KDB) pula bertujuan untuk memupuk penggunaan internet secara positif dikalangan peserta.

Selamat maju jaya untuk temuduga pekerjaan yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali